Thursday, August 21, 2008

Warkah Untuk Permatang pauh

Pengundi Permatang Pauh,

Saudara/saudari hanya mempunyai beberapa hari sahaja lagi untuk menentukan siapa yang selayaknya menjadi pemimpin. Tanggungjawab berada di tangan anda untuk memilih pemimpin yang betul. Anda akan disoal di kemudian hari jika memilih pemimpin yang salah. Anda telah mendengar bermacam-macam tentang calon yang bertanding. Sepatutnya anda telah boleh membuat keputusan. Jika yang seorang itu benar, tentu dah lama ia menjadi pemimpin No.1 kita. Tentu ada sesuatu yang tak kena yang menyekat kemaraannya. Percayalah kepada kuasa yang maha esa. Dialah penentu kepada segalanya. Jika ia benar sudah tentu ia direstui. Sebagai pengundi anda menjadi kuasa penentu. Buatlah pilihan secara bijak. Gunakan akal dan fikiran bukan perasaan. Jika tak pasti, kembalilah kepadaNya. Mintalah petunjuk agar nanti kita tidak dikutuk dek anak cucu kerana memilih pemimpin yang salah. Berdoalah agar yang maha esa menunjukkan kebenarannya. Selamat mengundi.

Monday, August 4, 2008

Perlukah Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh

Pilihan Raya Kecil(PRK) Pematang Pauh akan tetap diadakan kerana itu tuntutan negara demokrasi tetapi terfikirkah kita akan kewajaran PRK ini. Perlukan sesuatu kawasan dikosongkan semata-mata untuk memenuhi cita-cita politik orang-orang tertentu. Bayangkan berapa ramai yang akan terpaksa terlibat untuk menunaikan tanggunjawab bagi melaksanakan PRK tersebut. lebih-lebih lagi terfikirkah kita kos yang terpaksa dibelanjakan untuk itu. Banyak pihak akan terlibat, parti terlibat, kerajaan terlibat, malah pengundi dan rakyat juga terpaksa dilibatkan. Patutkah mereka disusahkan hanya untuk memenuhi selera seseorang.

Bagi orang lain tak pastilah, tapi bagi Cucu Tok Janggut ia memang tak wajar. Cucu pasti tidak akan menyusahkan orang lain semata-mata untuk memenuhi cita-cita sendiri. Pemimpin jenis apakah kita yang sanggup menyusahkan orang lain dalam keadaan semasa yang tidak selesa. Kerajaan dan rakyat berada dalam keadaan tertekan dan tak selesa dengan suasana kemelesetan ekonomi dan sara hidup yang makin meningkat. Sanggupkah kita menambahkan lagi kesusahan yang sedia ditanggung,umpama menimpakan tangga kepada orang yang jatuh. Sama-samalah kita fikir dan renungi pengajarannya dan buatlah penilaian serta pilihan yang sewajarnya.

Tuesday, July 29, 2008

debat

antara anwar dan sabri

Ketenangan Waktu Senja

Bayangkan ketengangan yang anda kecapi sekarang. Mahukah anda kehilanganya dengan membuat sesuatu yang akan menghuruharakan suasana sehingga akhirnya kita hilang segal-galanya. Fikir-fikirkanlah...

Siapa Sebenarna Yang Menyusahkan

Kebelakangan ini kita sering menghadapi kesesakan jalan raya di Bandaraya Kuala Lumpur ekoran sekatan jalan raya yang dibuat oleh pihak polis bagi menghalang kemasukan penunjuk perasaan dari luar berpiket menentang kenaikan harga minyak. Ramai menyalahkan kerajaan kerana membuat sekatan jalan raya tapi siapa sebenarnya yang perlu dipersalahkan. Pihak yang buat sekatan atau orang yang nak buat demostrasi?